Koleksi Novelku
Rabu, 2 April 2014
BAB 1
Aleya tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang, tepat jam 6.00 petang. Dari jauh Aleya sudah nampak kelibat Encik Idris dan Pak Su Idham. Dengan tergesa-gesa Alea menolak laju bagasi di dalam troli untuk mendapatkan ayahnya.
Prang! Aleya telah terlanggar seorang lelaki hingga menyebabkan hadiah yang berada di tangan lelaki itu terjatuh.
"ALLAH!" Itu perkataan yang pertama keluar dari mulu Aleya.
Aleya terkesima. Cepat-cepat dia memungut hadiah yang terjatuh di lantai. Pasti barangan kaca kerana bunyi yang kuat semasa terjatuh tadi, bisik Aleya di dalam hati.
"Maaf...kan sa..ya, sa..ya tak sengaja." Aleya tergagap-tergagap berkata.
Kemudian dengan perlahan-lahan Aleya mengangkat wajah memandang lelaki itu. Alangkah terkejutnya dia. Jantung Aleya mula berdetap-detup dengan pantas. Berderau darah Aleya buat seketika.
Lelaki itu amat dikenali. Syed Adam Aizril Bin Syed Abbas. Seorang jejaka yang tampan persis seorang model.
Wajahnya putih bersih, bersih, bibirnya merah menyala tanda tidak merokok. Mana-mana perempuan yang melihatnya pasti tertawan apatah lagi bila meihat renungan matanya itu. Cair hati perempuan dibuatnya.
"Hei Leya you buta ke? Mata letak kat mana? Kat kepala lutut?" tengking Syed Aizril sambil menanggal kaca mata hitamnya.
Aleya terkaku. Wajahnya pucat lesi.
"I'm sorry Zril. I betul-betul tak sengaja. Nanti I ganti balik barang yang pecah tu," balas Aleya dengan wajah serba salah.
"Hei you ingat barang tu ada jual kat sini ke? I beli kat London tau. Kalau ada kat sini sekalipun belum tentu you mampu untuk membelinya," sinis Syed Aizril.
Berdesing telinga Aleya mendengar kata-kata itu. Berkerut dahinya.
Habis tu, dia nak suruh aku buat macam mana, gumam Aleya dalam hati.
Sakit hati Aleya melihat sikap Syed Aizril yang seperti tidak reti bahasa itu. Sombong tak bertempat. Bukan dia tidak mengenali Aleya malah lebih dari itu.
Aleya dan Syed Aizril menuntut di universiti yang sama di United Kingdom malah di dalam kelas yang sama. Mereka mengambil jurusan perniagaan. Tapi sifat sombong Syed Aizril yang keterlaluan itu menyebabkan hubungan Aleya dan Syed Aizril tidak mesra seperti rakan-rakan lain.
Dari hari pertam mengenali Syed Aizril di semester pertama hinggalah pada hari konvokesyen, Syed Aizril memang sentiasa dingin dengannya. Aleya sedar siapa dirinya. Pipit masakan boleh terbang bersama enggang. Entahlah malas Aleya hendak memikirkannya. Yang pasti Syed Aizril tidak pernah menunjukkan minat untuk berkawan dengannya.
"So, macam mana?" Pertanyaan Syed Aizril menyedarkan Aleya dari lamunan.
"Macam nilah apa kata you bagi nombor telefon you, nanti I call you untuk bayar balik kos kerugian barang ni," Aleya bersuara untuk mengelak kemarahan Syed Aizril berterusan.
"Helo, kalau I bagi you nombor telefon I sekali pun, you mampu ke nak ganti harga barang tu?"
Berdesing telinga Aleya sekali lagi mendengar kata-kata itu. Wajahnya yang putih bertukar kemerah-merahan. Aleya mengetap gigi menahan perasaan geram.
"Habis tu you nak I buat macam mana?" Soal Aleya.
Wajah Syed Aizril direnung tajam. Jantung Aleya mula berdegup kencang.
"You tahu SA Holding?" Soal Syed Aizril.
Syed Azril tahu Aleya sudah mula bengang melihat sikapnya.
"Ya, SA Holding tu dekat..." Belum sempat Aleya menghabiskan ayatnya Syed Aizril terus mencelah.
"So, you tahu mana nak cari I." Serius kedengaran suara Syed Aizril.
Kaca mata hitam terus dipakai semula dan Syed Aizril berlalu pergi tanpa menoleh lagi. Aleya termangu-mangu sendirian.
Hati Aleya begitu tergores dengan kesombongan Syed Aizril namun dipujuk hatinya untuk tidak terlalu memikirkannya. Aleya tahu, SA Holding merupakan salah satu syarikat korporat yang cukup gah dan terkenal.
Siapa yang tidak kenal dengan ayah Syed Aizril,Tan Sri Syed Abbas. Namanya tersenarai antara ahli korporat yamg terkenal di Malaysia. Aleya sendiri antara yang mengagumi kejayaannya. Sebagai anak Melayu yang lahir di bumi yang bertuah ini, tidak salah jika kita berasa bangga dengan kejayaan anak bangsa kita sendiri.
"LEYA! LEYA!"
Tersentak Aleya dari lamunan sebaik sahaja mendengar laungan Encik Idris.
"Ayah..."
Aleya melangkah pantas ,emdapatkan Encik Idris. Tubuh tua itu dipeluk dengan penuh erat. Pelukan kasih sayang dan seorang anak setelah empat tahun berpisah dengan keluarga tercinta demi mengejar satu cita-cita.
Pak Su Idham yang berdiri di sebelah sudah tersenyum memandang dua beranak itu melepaskan rindu yang terpendam. Aleya kemudian meleraikan pelukan.
Pak Su Idham di sebelah dipandang lama. Air mata yang bertubir di kelopak mata pantas diseka. Dengan penuh hormat, tangan Pak Su Idham dicium. Tanpa jasa Pak Su Idham, tak mungkin Aleya boleh sampai hingga ke tahap ini.
"Ayah, Pak Su, sihat?"
"Alhamdulillah Leya," jawab Encik Idris.
Pak Su hanya mengangguk.
"Ibu mana yah? Ibu tak ikut sekali?" soal Aleya sopan.
Pada hakikatnya, Aleya sudah tahu Puan Ramlah pasti tidak dapat datang menyambutnya pulang memandangkan adik-adiknya yang dua orang lagi tiada siapa yang menjaga.
Dari jauh Aleya perasan ada mata yang memandangnya dengan sinis. Siapa lagi kalau bukan lelaki sombong itu. Dia melihat Syed Aizril sedang dikerumuni oleh kaum keluarga dan kawan-kawannya.
Maklumlah, anak orang kaya katakan. Pasti kepulangannya disambut secara besar-besaran.
"Leya tengok siapa tu?" tanya Pak Su Idham yang turut memandang ke arah tempat yang sama.
Aleya pantas menggeleng. Sebaris senyuman dihadiahkan buat Pak Su Idham kesayangannya itu.
"Jom kita balik."
Aleya terus menarik tangan Encik Idris manakala Pak Su Idham mengekori Aleya dari belakang sambil menolak troli.
"Hei Zril, kalau tak salah aku, tu Leya kan? Kenapa aku tengok dari tadi kau asyik pandang dia semacam aje? Macam ada yang tak kena? Kenapa bila berada kat Malaysia baru kau perasan kehadirannya?" usik Ikram pada sahabat baiknya itu.
Syed Aizril tersenyum sinis mendengar usikan sahabatnya itu.
"Pleaselah Ikram, you know me better."
Pantasa bahu sahabatnya di tumbuk lembut. Ikram terus menekori langkah sahabatnya yang sudah laju ke hadapan tanpa menunjukkan sebarang minat untuk menoleh ke arah Aleya yang turut melangkah keluar dari lapangan terbang itu.
Rumah Aleya di Air Pa'abas, Melaka. Riuh rendah dengan saudara-mara dan jiran-jiran yang berdekatan. Keluarganya telah membuat kenduru doa selamat kerana Aleya telah selamat pulang ke tanah air dengan membawa segulung ijazah.
Encik Idris dan isterinya, Puan Ramlah begitu berbangga dengan anak sulungnya yang akan menjadi contoh kepada adik-adiknya yang lain.
"Leya, Pak Su nak balik!" jerit Puan Ramlah.
Aleya yang sibuk mengemas pinggan mangkuk di dapur tersentak dan cepat-cepat mendapatkan Pak Su Idhamnya yang telah pun melangkah ke pintu.
"Biar Leya teman Pak Su sampai ke pagar, ya?" ujar Aleya penuh sopan.
"Amboi baik hati nampak sampai nak teman Pak Su ke pintu pagar. Selama ni tak pernah pun. Jangan-jangan ada udang di sebalik mi tak?" seloroh Pak Su Idham.
Sambil tersenyum Aleya melangkah seiringan dengan bapa saudaranya itu. Aleya berhenti dibawah pokok mangga di tepi pagar rumah.
"Pak Su, Aleya nak ucapkan terima kasih yang tak terhingga kerana Pak Su, Leya sampai hingga ke tahap ni. Jasa Pak Su tak akan Leya lupakan selagi hayat dikandung badan." Akhirnya Aleya bersuara.
"Itu tanggungjawab Pak Su. Kejayaan Leya penuh bermakna bagi kami semua," jawab Pak Su Idham.
Terpamer keikhlasan di wajah Pak Su Idham yang tampan itu. Aleya akui Pak Su Idham sememangnya seorang lelaki yang tampan. Beza umur Aleya dengan Pak Su Idham pun bukannya jauh sangat. Aleya kini mencecah usia 24 tahun manakala Pak Su Idham pula akan menyambut usia yang ke 36 tahun pada hujung tahun nanti.
Pak Su Idham merupakan adik Puan Ramlah. Semenjak kematian datuk dan nenek, ibu Aleyalah tempat Pak Su Idham menumpang kasih. Sudah berbuih mulut Puan Ramlah menyuruh adik bongsunya itu menamatkan zaman bujangnya namun tidak pernah diendahkan.
Alasan yang diberi langsung tak masuk akal. Pak Su Idham menyatakan yang dia hanya akan berkahwin jika berjumpa dengan perempuan secantik Aleya. Kalau boleh seiras Aleya.
Ada ke patut? Sah-sah itu hanya alasan yang direka oleh Pak Su Idham untuk menutup mulut kakaknya itu. Cantik sangat ke dia? Malas Aleya hendak memikirkannya. Kalau bukan Pak Su Idham yang hendak memuji anak buahnya siapa lagi?
Pak Su Idham ni pun satu, cubalah cari alasan yang logik sikit kalau nak mengelak diri sekalipun. Lama, wajah tampan Pak Su Idham dipandang.
"Ni apa hal pilak asyik menengok muka orang aje. Woi Leya, Pak Su ni tengah bercakap dengan Leya. Dia boleh berangan pulak entah ke mana."
Aleya tersengih mendengar teguran Pak Su Idhamnya itu.
"Sorrylah Pak Su Leya agak terkesima tengok muka Pak Su," Aleya memberi alasan.
"Amboi bahasa mengalahkan sasterawan tapi dari gaya Leya tak nampak ciri-ciri sasterwan tapi kalau....."
Aleya mengerutkan keningnya menanti Pak Su Idham menhhabiskan ayatnya.
"....angausawan itu nampaklah."
Ternganga mulut Aleya mendengarnya.
"Apa Pak Su? Angausawan? Tak pernah dengar pun. Tu bahasa baru ke dalam kamus dewan?" Beria-ia Aleya menyoal bapa saudaranya itu.
Pak Su Idham sudah ketawa. Semakin pelik Aleya dibuatnya.
"Hisy Pak Su ni, orang serius, dia boleh ketawa pulak," derutu Aleya dengan bibir dimuncungkan.
"Okeylah, Pak Su gurau ajelah. Sebenarnya sejak di KLIA lagi Pak Su tengok Leya banyak diam. Lepas tu termenung. Sekali tengok, macam orang angau. Macam rindukan seseorang. Tulah angausawan."
Aleya terus membeliakkan biji matanya mendengar kata-kata Pak Su Idhamnya itu. Bibirnya diketap. Pak Su Idham sudah tersengih.
"Oh, kenakan Leya ya. Yang Pak Su tu apa kurangnya. Sampai bila nak hidup bujang? Cepat-cepatlah cari Mak Su. oringlah bila datang rumah Pak Su, mesti Leya yang kena masak, kena kemas. Kalu belum ada calon, Leya boleh tolong carikan," usik Aleya sambil tersenyum.
"Dahlah tu Leya. Pasal kenakan orang nombor satu. Cuma satu Pak Su hara, dengan ijazah yang Leya ada dapat meringankan beban ibu dan ayah Leya. Ingat mereka dah banyak berkorban untuk kejayaan Leya. Jangan abaikan mereka bila Leya dah berpangkat kelak." Perlahan kedengaran suara Pak Su Idham yang telah berubah nadanya secara tiba-tiba.
Tersentuh hati Aleya mendengarnya.
"Insya-Allah, Leya akan ingat segala pesanan Pak Su tu," balas Aleya dengan suara yang bergetar.
Mata Aleya sudah mula berkaca. Pak Su Idham menepuk lembut bahu anak buah kesayangannya itu memberi semangat.
"Pak Su percaya Leya memang anak yang dengar kata. Pak Su balik dulu ya."
Aleya terus menyalami tangan bapa saudaranya itu dengan penuh hormat kemudian menciumnya.
"Terima kasih Pak Su, terima kasih," ucap Aleya.
Pak Su hanya tersenyum sebelum melangkah masuk ke dalam kereta Wira Sedannya.
Aleya masih kaku di situ walaupun kereta Pak Su Idhamnya telah hilang dari pandangan. Aleya masih memikirkan kata-kata Pak Su Idhamnya. Aleya bertekad untuk membahagiakan keluarganya. Ayah dan ibu pasti akan tersenyum bahagia bila Aleya mendapat kerja nanti.
Hari telah lewat malam tetapi Aleya masih tidak dapat melelapkan mata. Aleya bangun dari katil lantas membuka laci meja. Di dalamnya terdapat sebuah album gambar.
Aleya membuka album itu. Di dalamnya terdapat gambar-gambar yang diambil semasa menuntut di Universiti of Warwick, United Kingdom. Aleya menatap gambar yang diambil pada majlis konvokesyen bersama rakan-rakan sekelas.
Tiba-tiba mata Aleya tertancap pada wajah yang amat dipuja dan dicintai dalam diam. Siapa lagi kalau bukan Syed Aizril. Lelaki yang ditemui semasa di lapangan terbang tadi. Aleya merenung lama wajah itu.
"Ah..." keluh Aleya.
Aleya sendiri tidak pasti apa perasaan Syed Aizril terhadapnya. Tapi seingatnya, rakan baiknya Umairah selalu menasihati Aleya agar melupakan perasaannya itu.
Pada pandangannya, Syed Aizril tidak lansung menunjukkan minat kepadanya. Sedangkan sebagai rakan kelas pun, Syed Aizril sukar untuk melemparkan senyuman, inikan pula sebagai kekasih.
Selepas berlaku perbalahan antara Aleya dan Syed Aizril gara-gara kertas kerja yang ditugaskan bersama, mereka sering tidak sefahaman. Kenangan itu kembali menghantui fikiran Aleya.
p/s - nantikan bab kedua.
Selasa, 1 April 2014
Assalamualaikum,
Tercapai juga cita-citaku untuk membuat satu blog untuk ku kongsikan dengan semua orang. Mungkin blog ini seperti blog orang lain. Blog ini hanya sekadar perkongsian karya-karya penulis tempatan yang sedang meningkat naik seperti Siti Rosmizah,Suri Ryana, Dekna Lee dan ramai lagi.
Saya mula terjebak dengan buku novel cinta dari tahun lepas, selepas membaca novel dari hasil karya Siti Rosmizah yang bertajuk Andai Itu Takdirnya.
Saya akan kongsikan karya ini di dalam blog ini. Nantikanlah kemunculannya.
Tercapai juga cita-citaku untuk membuat satu blog untuk ku kongsikan dengan semua orang. Mungkin blog ini seperti blog orang lain. Blog ini hanya sekadar perkongsian karya-karya penulis tempatan yang sedang meningkat naik seperti Siti Rosmizah,Suri Ryana, Dekna Lee dan ramai lagi.
Saya mula terjebak dengan buku novel cinta dari tahun lepas, selepas membaca novel dari hasil karya Siti Rosmizah yang bertajuk Andai Itu Takdirnya.
Saya akan kongsikan karya ini di dalam blog ini. Nantikanlah kemunculannya.
Langgan:
Ulasan (Atom)
